Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Terengganu sehingga Rabu

LocalEnvironment
9 Dec 2024 • 9:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa daerah di Pahang dan Terengganu hingga 11 Disember ini. Foto hiasan

image is not available
Infografik MetMalaysia.

SHAH ALAM - Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu dan Pahang sehingga 11 Disember ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin memaklumkan daerah yang terlibat di Terengganu ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan dan Pekan.

Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu) dan Pahang (Jerantut, Maran, Rompin).

**media[2922177]**

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi jabatan atau melalui aplikasi mobil myCuaca atau menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.