Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka di Kelantan, Terengganu

25 Nov 2023 • 4:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk di Perak iaitu di Hulu Perak, Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman). - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini (27 November).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, amaran di Kelantan itu membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk bagi tempoh sama di Perak iaitu di Hulu Perak, Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak membabitkan kawasan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; serta Manjung manakala Pahang di kawasan Jerantut dan Kuantan sehingga Isnin ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved