Hujan Lebat Di 11 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
16 Oct 2026 • 5:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hujan Lebat Di 11 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 11 negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga 8 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Hujan Lebat Di 11 Negeri

Selain itu, amaran turut melibatkan negeri Kedah iaitu di daerah Kubang Pasu, Sik, Baling, Kuala Muda, Langkawi dan Padang Terap.

Di Perak, amaran tersebut membabitkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama, Kerian, Kinta, Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Manakala di Kelantan pula, hanya daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang yang terlibat.

Bagi negeri Terengganu, ia melibatkan daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Baca juga:

Di Pahang, hujan lebat diramal di Jerantut dan Kuantan.

Negeri Selangor pula menyaksikan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sepang, Sabak Bernam dan Hulu Langat dijangka hujan lebat.

Amaran itu turut membabitkan daerah Tampin di Negeri Sembilan.

Beralih ke Sarawak, amaran di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu, Kapit (Song), Bintulu, Limbang, Miri (Marudi, Bario dan Telang Usan).

Begitu juga di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Pensiangan, Membakut, Beaufort, Tambunan, Keningau dan Sook), Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Ranau), Sandakan (Kinabatangan dan Tongod), Kudat (Kota Marudu) di negeri Sabah.

Image from: Hujan Lebat Di 11 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved