
PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Kapit, Sarawak merekodkan suhu maksimum tertinggi di Malaysia pada 35.9 darjah Celsius, semalam.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, rekod taburan hujan dan suhu maksimum negara bagi 15 Oktober lalu turut menunjukkan Stesen Meteorologi Mulu, Sarawak mencatatkan suhu kedua tertinggi iaitu 35.7 darjah Celsius.
“Stesen Meteorologi Kuantan, Pahang pula merekodkan suhu maksimum 34.8 darjah Celsius.
“Bagi taburan hujan, Stesen Meteorologi Ranau, Sabah mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 55.8 milimeter (mm).
“Ia diikuti Stesen Meteorologi Labuan dengan 47.4mm, manakala Stesen Meteorologi Subang, Selangor merekodkan taburan hujan sebanyak 43.8mm,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Kapit rekod suhu tertinggi 35.9 darjah Celsius appeared first on Kosmo Online.






