Hujan Lebat Di 11 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini - MetMalaysia

1 Apr 2026 • 5:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di 11 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini - MetMalaysia

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan di beberapa negeri dan wilayah sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata bahawa keadaan cuaca itu diramal berlaku di seluruh negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hujan lebat turut membabitkan negeri Kedah iaitu di Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Ia turut melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Baca juga:

Selain itu, di negeri Kelantan, hanya daerah Gua Musang dijangka hujan lebat.

Di Pahang, amaran tersebut melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

Manakala di Selangor pula menyaksikan keadaan cuaca buruk di daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Selatan tanah air iaitu Johor, hujan lebat diramal berlaku di daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Bagi negeri Sabah, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).

image is not available

Susulan amaran cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.