
Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, WP Labuan.
"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
"Manakala di Perak pula seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
"Selain itu di Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Sementara di Johor termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman, Kapit (Song) dan Limbang dan Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

