WhatsApp hari ini mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu pada perkhidmatan permesejan mereka, yang mana beroperasi seumpama Instagram Notes. Melaluinya, pengguna boleh menyertakan sedikit status atau mesej ringkas, dan ia akan dipaparkan pada bahagian profil pengguna, dan juga pada tetingkap sembang.

WhatsApp menamakan ciri ini sebagai WhatsApp About. Semua perkongsian akan luput selepas tempoh 24 jam. Pengguna turut boleh menetapkan pemasa sebelum perkongsian berkenaan hilang.
Pengenalan ciri ini sekaligus memberikan kemudahan untuk para pengguna apakah status semasa dan lain-lain, sekaligus memudahkan pengguna lain memahami sekiranya anda lambat dalam memberikan respon.
Ciri WhatsApp About ini kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia, melalui aplikasi mudah-alih WhatsApp.


