Hujan Lebat di 7 Negeri & Satu Wilayah Hingga Tengah Hari

6 Nov 2025 • 9:22 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat di 7 Negeri & Satu Wilayah Hingga Tengah Hari

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan berlaku di tujuh negeri dan satu wilayah hingga 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

Selain itu, hujan lebat juga diramal melanda negeri Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi negeri Perak pula, hanya daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak yang terlibat.

BACA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Di Selangor, ia melibatkan daerah Kuala Langat dan Sepang. Manakala di Negeri Sembilan, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin yang terlibat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

The post Hujan Lebat di 7 Negeri & Satu Wilayah Hingga Tengah Hari appeared first on Siakap Keli.