
Harga Diesel Di Semenanjung Naik Tujuh Sen
Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelarasan harga runcit bahan api bagi tempoh 6 November hingga 12 November 2025, selaras dengan peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Dalam kenyataan rasmi, kementerian memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat tujuh sen dari RM2.95 seliter kepada RM3.02 seliter.
Sementara itu, harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.60 seliter, dan harga petrol bersubsidi RON95 di bawah program BUDI95 juga kekal pada RM1.99 seliter.
Harga runcit petrol RON97 turut kekal pada harga RM3.20 seliter.
Bagi pengguna di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel kekal tidak berubah pada RM2.15 seliter.
Kementerian menjelaskan, penetapan harga runcit produk petroleum dibuat secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit RON97 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas kenyataan itu.
Sumber: Kementerian Kewangan
The post Harga Diesel Di Semenanjung Naik Tujuh Sen appeared first on Siakap Keli.




