
Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 10 malam ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, jabatan itu berkata hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda seluruh Perlis, Kelantan dan WP Labuan.
Keadaan cuaca itu juga akan berlaku di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang di Kedah.
Selain itu, di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Di Pahang, ia melibatkan daerah Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.
Bagi Negeri Sembilan, hanya daerah Jelebu dan Jempol diramal akan mengalami hujan lebat.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat akan melanda Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang. Manakala di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
The post Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini appeared first on Siakap Keli.




