Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
9 Apr 2026 • 10:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di Kedah Johor, Sarawak dan Sabah dijangka hujan.

Manakala seluruh kawasan di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor,Negeri Sembilan, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan juga diramal hujan.

"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

"Sementara di Johor hanya daerah Segamat dijangka dilanda hujan. Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

"Bagi Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau)

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut