
Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Lapan Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Seluruh negeri Terengganu.
"Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Padang Terap, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
"Sementara itu di Kelantan seperti Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh. Bagi Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
"Selain itu di Johor dua daerah diramal hujan seperti Segamat dan Mersing. Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song), Miri (Subis, Beluru dan Miri) dan Limbang (Lawas).
"Di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut..

