
Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Hingga Lewat Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang serta hujan lebat meliputi tujuh negeri hingga jam 11 malam ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook jabatan berkenaan, hampir kebanyakan kawasan di negeri Perlis dijangka alami hujan lebat.
“Di Kedah, hujan lebat bakal diterima di beberapa kawasan termasuk daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Baling.
“Manakala di Pantai Timur, hanya negeri Pahang dijangka terima hujan lebat yang melibatkan daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan,” maklum MetMalaysia.
Baca juga:
Pusat Perkhidmatan Autisme Bangi Bakal Beroperasi Mulai Esok
2026 Makin Keras, Nak Sedekah Pun Berkira-kira Duit, Tapi Ada Keadaan Lain Lagi Parah
Ekonomi Makin Parah, Anak Bersekolah Bertambah, Ini Idea Bernas Untuk “Prepare” Dari Sekarang
Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Keadaan di negeri Selangor menunjukkan daerah Hulu Langat dijangka alami cuaca buruk malam ini.
Begitu juga dengan daerah Jelebu di Negeri Sembilan.
Terus ke Selatan, kebanyakan kawasan di daerah Muar dan Batu Pahat, Johor dijangka alami hujan lebat berserta ribut petir.
Beralih pula ke Sarawak, MetMalaysia menjangkakan daerah Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong) dan Sibu bakal dibadai hujan lebat dan angin kencang.
Amaran tersebut turut melibatkan daerah Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas jabatan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Elakkan berada di lokasi berisiko dan peka dengan perubahan cuaca serta perkembangan terkini.



