
Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak selain seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Kulim dan Bandar Baharu.
"Manakala di Perak pula seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
"Sementara itu di Kelantan melibatkan kawasan Pasir Mas, Kota Bharu dan Gua Musang selain di Terengganu seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
"Selain itu, di Pahang pula meliputi Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin. Bagi Selangor, beberapa daerah diramal hujan seperti Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
"Di Negeri Sembilan pula melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
"Beralih ke Johor, kawasan yang dijangka hujan seperti Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



