Hujan lebat dijangka bermula 9 Januari

6 Jan 2025 • 3:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan dijangka bermula 9 Januari hingga 13 Januari depan. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Luruan monsun kuat yang berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) kembali memasuki rantau negara bermula 9 hingga 13 Januari depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan yang sangat lebat dan berterusan di timur dan selatan Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

“Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh ini.

“Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut,” katanya pada Isnin.

Berikutan lurusan monsun kuat ini turut menjangkakan perairan Laut China Selatan mengalami angin kencang dan laut bergelora.

MetMalaysia juga menjangkakan kenaikan paras air laut di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

“Pihak kami sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” ujarnya

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved