Hujan lebat dijangka landa Selangor, KL dan Putrajaya hingga 2 pagi

28 Aug 2022 • 9:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 OGOS: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal ribut petir dan hujan lebat sehingga 2 pagi esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal melanda seluruh Negeri Sembilan dan Melaka serta beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.

Amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan di beberapa daerah di Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga 11 malam hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved