Amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan, Sabah berkuat kuasa esok hingga 5 Nov

LocalEnvironment
3 Nov 2025 • 5:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa esok hingga 5 Nov.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, situasi berkenaan dijangka melanda kawasan Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan; Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Selain itu, kawasan dijangka terjejas di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala di Melaka melibatkan Jasin serta Tangkak; Segamat, Muar dan Mersing di Johor.

Di Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang serta Pedalaman (Sipitang) di Sabah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved