
Hujan Lebat Diramal Di Dua Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Sarawak dan Sabah termasuk seluruh kawasan WP Labuan diramal hujan.
“Di Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
“Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02WkZeFHxdWHKxKsas9ETTrRBxSok9mGndDtft6vMnD8vyXKyumXCzczm34pTmHXyjl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
BACA: Putrajaya Dalam Fasa Untuk Beralih Ke Sistem Lampu Isyarat AI
BACA: Tular PM Jepun & Presiden Korea Selatan Main Dram Lepas Mesyuarat
The post Hujan Lebat Diramal Di Dua Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.



