Hujan Lebat Diramal Landa 1 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

27 Mar 2026 • 8:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa 1 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di negeri Selangor dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 10 malam ini.

Menurut kenyataan itu, daerah di Selangor yang terlibat seperti  Gombak dan Hulu Langat.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Baca juga:

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.