Hujan Lebat Di Empat Negeri Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
28 Mar 2026 • 12:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di Empat Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti  Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

"Di Perak, hanya daerah Hulu Perak diramal hujan. Manakala di Selangor hanya daerah Hulu Langat.

"Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan yang dijangka hujan adalah Kapit (Bukit Mabong) dan Miri (Telang Usan).

"Bagi Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.