Hujan Lebat Diramal Landa 12 Negeri, 3 Wilayah Malam Ini

11 Sep 2025 • 9:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa 12 Negeri, 3 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri dan tiga wilayah hingga jam 11 malam ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beralih ke Kedah, antara daerah yang meliputi dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Kelantan iaitu di daerah Jeli dan Gua Musang. Manakala amaran ribut petir turut diramal meliputi kawasan Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Di Pahang, amaran yang sama dikeluarkan untuk kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.

Sementara itu, kawasan Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor turut terlibat dalam amaran yang dikeluarkan oleh jabatan ini.

Daerah Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor antara negeri yang terlibat dalam amaran tersebut.

MetMalaysia melaporkan bahawa amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang di Sarawak.

Di Sabah pula, daerah yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort dan Pantai Barat (Putatan).

https://www.facebook.com/share/p/16vFjBWSfz/