Hujan Lebat Diramal Landa 8 Negeri & 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

20 Oct 2025 • 11:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa 8 Negeri & 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan satu Wilayah hingga jam 1 pagi ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pada itu, hujan lebat dan petir diramal berlaku di Kedah yang melibatkan daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Perak iaitu daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung.

Beralih ke Terengganu, antara kawasan yang meliputi dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Dungun dan Kemaman.

Hujan lebat diramal landa beberapa negeri

Di Pahang, amaran yang sama dikeluarkan untuk kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, kawasan Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor turut terlibat dalam amaran yang dikeluarkan oleh jabatan ini.

Menurut MetMalaysia, amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang) di Sarawak.

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

image is not available