Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 1 pagi esok

19 Oct 2025 • 9:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berterusan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah, serta di seluruh Pulau Pinang dan Perak hingga 1 pagi esok.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir ialah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor.

“Sarawak melibatkan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah di pedalaman (Nabawan dan Keningau) serta Sandakan (Tongod),” menurut hantaran itu hari ini.

- BERNAMA

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved