Hujan Lebat Diramal Landa Dua Negeri, Satu Wilayah Hingga 3 Pagi Ini

5 Jan 2026 • 12:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa Dua Negeri, Satu Wilayah Hingga 3 Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua buah negeri dan satu Wilayah hingga jam 3 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar).

Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Trump Ancam Campur Tangan, Iran Isytihar Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’
BACA: Jangan Abaikan, Ini Tanda Kompresor “Aircond” Lemah Yang Semua Pemandu Perlu Tahu

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Hujan Lebat Diramal Landa Dua Negeri, Satu Wilayah Hingga 3 Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.