
Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Hingga Lewat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat ialah beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Manakala di seluruh kawasan di negeri Perlis, Kelantan dan Melaka turut dijangka hujan.
“Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang. Manakala Perak pula melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
“Bagi Terengganu, beberapa kawasan dijangaka hujan seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang. Sementara di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, daerah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dijangka hujan petang ini. Di Johor termasuk Tangkak, Segamat dan Muar.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
“Manakala di Sabah pula di kawasan Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Hingga Lewat Petang Ini appeared first on Siakap Keli.


