Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri Malam Ini

LocalEnvironment
5 Nov 2025 • 6:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di dua negeri, iaitu Perak dan Johor diramal hujan sehingga jam 8 malam. Manakala beberapa kawasan di Sarawak dijangka hujan sehingga jam 9 malam ini.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kinta, Kampar dan Batang Padang. Sementara di Johor hanya melibatkan daerah Mersing.

“Di Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei (Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit, Bintulu. Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0CHcNUHSSGRMigUg9CyLsZqQcc1UairHMdkbKuche3DQasNrXvxSPez3sVbHo8hRgl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

The post Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri Malam Ini appeared first on Siakap Keli.