Hujan lebat landa kawasan utara hingga 3 petang

LocalEnvironment
2 Oct 2026 • 1:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan lebat landa kawasan utara hingga 3 petang

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Kedah (Langkawi, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Kuala Muda) dan seluruh Pulau Pinang.

“Sementara di Perak, melibatkan Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Kerian, Perak Tengah dan Bagan Datuk,” kata kenyataan itu.

Susulan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan terlibat dan ia adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat landa kawasan utara hingga 3 petang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved