[VIDEO] ‘Kalau hujan macam mana? Moh tengok’

2 Oct 2026 • 2:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Kalau hujan macam mana? Moh tengok’

PETALING JAYA – “Haritu ada yang tanya, kalau hujan macam mana? Ha, hari ini hujan…moh (jom) la tengok.”

Itu perkongsian seorang guru yang berkongsi perjalanan mencabar perlu dilaluinya untuk ke sebuah sekolah di pedalaman Sarawak, sekiranya hujan turun dengan lebat.

Menerusi video dikongsikan @Che’gu Nur, dia dilihat memakai baju hujan dan jaket keselamatan sebelum menaiki bot dari rumah untuk meredah sungai yang ketika itu dilihat berarus deras.

Walaupun keadaan ketika itu dilihat berbahaya dan mencabar, guru yang berasal dari Melaka itu masih mampu tersenyum dan bersemangat untuk sampai ke sekolah.

“Dari rumah sekitar 45 minit. Dari jeti pula lebih kurang 10 ke 15 minit, bergantung kepada keadaan air,” katanya pada ruangan komen.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya kagum dengan kecekalan dan semangat guru berkenaan.

“Terima kasih cikgu. Pengorbanan cikgu tak mungkin dilupakan orang Sarawak,” ucap @Ngah fuad 18.

“Hebatnya cikgu. Semoga terus bersemangat mendidik anak bangsa,” komen @Azie.

“Saya orang Sarawak. Terima kasih cikgu kerana sudi berkhidmat di negeri kami yang serba mencabar dan luar biasa,” ujar @Tok Bawang Merah. – KOSMO! ONLINE

@nuezzanazain Haritu ada yang tanya kalau hujan mcm mne, haa hrini hujan, moh ler tengok #teachersoftiktok #gurutiktok #sekolahpedalaman ♬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi

The post [VIDEO] ‘Kalau hujan macam mana? Moh tengok’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved