Hujan lebat landa Sabah, Sarawak dan Labuan hingga Isnin

24 Dec 2022 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SANDAKAN - Jabatan Meteorologi Malaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di utara dan beberapa daerah di pantai timur Sabah mulai Sabtu hingga Isnin.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada jam 1.40 petang, daerah terkesan adalah Sandakan, Kudat, Telupid, Beluran dan Kinabatangan.

Amaran hujan berterusan mulai Sabtu hingga Isnin juga dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Di Sabah melibatkan kawasan pantai barat dan kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort sementara di Sarawak melibatkan Miri, Subis, Beluru, Marudi dan Limbang. - Bernama