
Mekah sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan turun dengan lebat semalam
Mekah sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujat lebat dan ribut petir menimpa kota suci bagi semua umat Islam di dunia, lapora The National News.
Rakaman beberapa video yang tersebar di media sosial menunjukkan beberapa kawasan di kota suci itu ditenggelami air dengan sejumlah kereta dilihat telah dihanyutkan oleh air banjir selepas hujan turun dengan lebat di kota tersebut.
Agensi Akhbar Saudi berkata, hujan bermula dengan sederhana sebelum akhirnya lebat dan kekuatan angin juga telah mengehadkan jarak penglihatan. Selain itu hujan lebat mungkin akan turun di sebahagian kawasan Mekah, Madinah dan Tabuk.
#فيديو | السيول تكدس السيارات في #مكة_المكرمة https://t.co/M7gG6pd7rL#مكه_الان #يوم_الجمعه#صحيفة_المدينة pic.twitter.com/Bo7u19Wa4b
— صحيفة المدينة (@Almadinanews) December 23, 2022
Pusat Meteorologi Kebangsaan telah mengeluarkan amaran cuaca buruk di Mekah pada Jumaat lalu. Amaran cuaca buruk itu kekal aktif sehingga jam 9 malam tadi.
Pusat pengurusan krisis dan bencana di kota suci itu memberi amaran kepada penduduk supaya tidak meninggalkan kediaman masing-masing melainkan ada keperluan yang mendesak.
“Orang ramai perlu berhati-hati dan tidak menghampiri kawasan tempat air hujan terkumpul bagi menjamin keselamatan mereka,” kata Pusat pengurusan krisis tersebut.
Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan turut menaikkan tahap amaran hujan di Jeddah bagi memberi amaran kesiapsiagaan.
#فيديو
أمطار #الحرم_المكي
اليوم الجمعة 29 جمادى الأولى 1444هـ pic.twitter.com/mQ8ZlwrvFz— إمارة منطقة مكة المكرمة (@makkahregion) December 23, 2022
Hujan turun di bahagian berasingan di kawasan pentadbiran Jeddah ketika ini dan awan kumulus telah menutupi langit di atas bandar pantai tersebut.
Pihak berkuasa di Jeddah berkata, hujan lebat dijangka berlaku pada hari Jumaat dan meminta untuk semua penduduknya tinggal di dalam rumah sehingga keadaan menjadi selamat.
Pada hari Khamis yang lalu, pihak berkuasa telah menyediakan peralatan dan tenaga kerja bagi menangani sebarang kecemasan cuaca yang mungkin berlaku pada hujung minggu ini.
Perbandaran Jeddah berkata seramai 3,822 pekerja dan 1,490 peralatan telah disediakan bagi menangani sebarang kemungkinan yang berlaku akibat hujan lebat berkenaan.
Pasukan kerja telah dihantar ke 16 sub-perbandaran dan 13 pusat sokongan bagi menghadapi kemungkinan banjir tersebut.
Sumber: The National News
The post Air Pekat Coklat, Banjir Kilat Sekali Lagi Landa Mekah Selepas Dibadai Hujan Lebat appeared first on Siakap Keli.

