
Hujan Lebat, Ribut Petir Di 9 Negeri Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan berlaku di sembilan negeri sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan berlaku di Kedah iaitu di daerah Padang Terap, Sik dan Baling.
Selain itu, hujan lebat juga akan melanda daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.
Di Terengganu pula, hanya daerah Kemaman yang terlibat. Manakala di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan.
Bagi negeri Selangor, hujan lebat diramal berlaku di daerah Hulu Selangor dan Gombak.
“Di Negeri Sembilan, hanya daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin yang terlibat. Sementara itu, di Melaka pula melibatkan Alor Gajah dan Jasin,” kata MetMalaysia.
BACA: MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Fung-Wong
Beralih ke negeri Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu), Mukah (Mukah) dan Bintulu (Tatau).
Bagi negeri Sabah, daerah yang terlibat ialah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia lagi.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Hujan Lebat, Ribut Petir Di 9 Negeri Malam Ini appeared first on Siakap Keli.





