Hujan lebat, ribut petir diramal landa beberapa negeri hingga 10 malam esok

23 Oct 2022 • 8:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak serta Labuan hari ini hingga 10 malam esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia, yang dikeluarkan pada 6.35 petang ini, kawasan di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Kawasan di Sarawak pula ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri serta Limbang. – BERNAMA