Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga 10 Malam Ini

23 Oct 2022 • 7:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia, (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga jam 10 malam.

Dalam satu kenyataaan yang dikeluarkan pada 6.35 petang sebentar tadi, METMalaysia menyatakan seluruh kawasan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mengalami cuaca buruk itu.

Selain itu, bagi Negeri Sembilan antara daerah yang diramal dilanda ribut petir dan hujan lebat ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau sehingga jam 10 malam.

“Manakala di Sarawak pula daerah yang terlibat termasuk Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang,” maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut.