Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa Sarawak Dan Sabah Sehingga Minggu Depan

25 Aug 2024 • 11:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk di Sabah dan Sarawak

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa Sarawak Dan Sabah Sehingga Minggu Depan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca penting yang menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak dan Sabah sehingga minggu hadapan.

Menurut sumber, dijangka berlaku penumpuan angin di Selat Melaka sehingga 28 Ogos. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir dengan hujan lebat untuk tempoh yang lebih panjang, terutamanya di negeri-negeri utara dan tengah Semenanjung Malaysia.

image is not available
Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa Sarawak Dan Sabah Sehingga Minggu Depan

Selain itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang juga mungkin berlaku di negeri-negeri lain di Semenanjung, serta di Sabah dan Sarawak pada waktu petang hingga malam.

MetMalaysia turut menasihati orang ramai supaya sentiasa merujuk kepada laman web rasmi MetMalaysia, platform media sosial rasmi, dan aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved