
Video tular pasukan Sabah Sarawak sama-sama menyanyi pada Sukma 2024
Semangat Nyanyi Lagu ‘Original Sabahan’, Keakraban Pasukan Sabah Sarawak Tular. Dalam satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, semangat pasukan dari Sabah dan Sarawak di Sukan Malaysia (Sukma) berjaya mencuri perhatian ramai.
Video tersebut, yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @heayyyyyyy77, memaparkan detik-detik penuh semangat di mana para atlet Sabah dan Sarawak menyanyikan lagu popular “Original Sabahan” dengan penuh kegembiraan.

Dinyanyikan dengan semangat tinggi
Lagu “Original Sabahan” yang terkenal dengan liriknya yang patriotik dan penuh kebanggaan terhadap identiti budaya Sabah, dinyanyikan dengan semangat tinggi oleh pasukan dari kedua-dua negeri.
Detik ini memperlihatkan betapa eratnya hubungan antara dua negeri Borneo ini, bukan sahaja dalam aspek sukan tetapi juga dalam mengangkat semangat persaudaraan.

Keharmonian yang dipamerkan oleh pasukan Sabah dan Sarawak
Keharmonian yang dipamerkan oleh pasukan Sabah dan Sarawak ini mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata menyatakan kekaguman mereka terhadap semangat perpaduan yang ditonjolkan.
Video ini juga mendapat 1.5 juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) dan dikongsi secara meluas, menandakan betapa berkesannya mesej persahabatan dan perpaduan yang dibawa oleh para atlet ini.

