
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri pada pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 1 tengah hari nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah melibatkan daerah Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda.
“Amaran sama dikeluarkan bagi seluruh Pulau Pinang serta di Lipis, Pahang,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, ribut petir juga diramal melanda beberapa daerah di Selangor iaitu di Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.
“Bagi negeri Sarawak, amaran dikeluarkan di Sri Aman (Lubok Antu),” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat, ribut petir landa 5 negeri appeared first on Kosmo Digital.






