
Hujan Lebat, Ribut Petir Landa 7 Negeri, 1 WP Hingga Awal Pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 3 pagi nanti.
Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan menjangkakan kebanyakan kawasan di negeri Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bakal terima hujan lebat.
Meninjau keadaan cuaca di Perak, hanya daerah Muallim yang disenaraikan menerima cuaca buruk. Begitu juga dengan Pahang yang hanya melibatkan daerah Raub.
Di Selangor, Met Malaysia menjangkakan berlaku hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Terus ke selatan, daerah Port Dickson di Negeri Sembilan turut dijangka alami hujan lebat dan ribut petir.
Beralih ke Kepulauan Borneo, jangkaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang oleh Met Malaysia hanya melibatkan beberapa daerah.
Di Sarawak, hanya daerah Sri Aman dan Kapit (Song dan Bukit Mabong) dijangka alami hujan lebat.
Met Malaysia turut menyenaraikan daerah Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) di Sabah bakal terima hujan lebat dan angin kencang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum Met Malaysia.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Amalkan langkah keselamatan dan peka dengan perubahan cuaca.
BACA: Johor Hargai Projek Air RM991 Juta, Perkukuh Keupayaan Agihan Air Terawat – Tunku Mahkota Ismail
The post Hujan Lebat, Ribut Petir Landa 7 Negeri, 1 WP Hingga Awal Pagi appeared first on Siakap Keli.

