Hujan Lebat: Shah Alam Digenangi Air

LocalEnvironment
26 Sep 2024 • 12:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara hujan lebat, beberapa kawasan rendah di sekitar Jalan Kebun, Seri Muda dan Kota Kemuning, Shah Alam dilanda banjir kilat semalam.

Susulan itu, banyak kenderaan milik penduduk yang terkandas akibat terperangkap dalam banjir.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya mendapati di sesetengah lokasi, paras banjir kilat mencapai kedalaman 0.6 meter.

"Setakat ini keadaan terkawal dan tiada pemindahan yang dilakukan dan air sudah surut ketika ini. Anggota membuat kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan banjir," katanya.