Kota Kemuning, Jalan Kebun dilanda banjir kilat susulan hujan lebat

25 Sep 2024 • 6:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 SEPT: Beberapa kawasan di sekitar Kota Kemuning dan Jalan Kebun di sini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat, petang ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat sekitar jam 2.56 petang tadi.

“Komander operasi melaporkan berlaku banjir kilat sedalam dua kaki dan tiada pemindahan mangsa yang dibuat setakat ini berikutan air semakin surut.

“Bagaimanapun, anggota bomba tetap membuat kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan banjir dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video dan gambar keadaan limpahan air di jalan-jalan utama sekitar Jalan Kebun dan Kota Kemuning termasuk Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning.

Jumaat lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan fasa peralihan monsun dijangka bermula hari ini berterusan sehingga November depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved