Hujan lebat tidak halang polis kawal keselamatan himpunan

LocalPolitics
28 Nov 2026 • 4:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hujan lebat tidak halang polis kawal keselamatan himpunan
Pegawai dan anggota polis dilihat terus berkawal dan melakukan pemantauan di sekitar lokasi himpunan meskipun berdepan keadaan cuaca tidak menentu.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini tidak menghalang anggota polis daripada terus menjalankan kawalan keselamatan bagi memastikan keadaan kekal terkawal sepanjang berlangsungnya Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu.

Pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dilihat terus berkawal dan melakukan pemantauan di sekitar lokasi himpunan meskipun berdepan keadaan cuaca tidak menentu.

Kehadiran pihak berkuasa itu bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman orang awam selain memastikan perjalanan himpunan berlangsung dalam keadaan terkawal.

Terdahulu, peserta himpunan berkenaan mula berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo sekitar jam 2 petang.

Himpunan itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) bersama persatuan mahasiswa dari beberapa universiti tempatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya generasi muda, mengenai kepentingan membanteras rasuah.

Setakat jam 4 petang, peserta masih berhimpun di lokasi berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved