Hujan paling lebat melanda Istanbul, 4 terkorban

16 Oct 2026 • 10:06 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan paling lebat melanda Istanbul, 4 terkorban

ISTANBUL – Istanbul semalam bergelut untuk pulih daripada banjir kilat disebabkan oleh hujan paling lebat dalam tempoh sekurang-kurangnya 80 tahun.

Hujan melanda bandar terbesar Turkiye itu secara berterusan pagi kelmarin dan menjadi semakin lebat sepanjang hari, menyebabkan kekalutan serta banjir kilat, dengan rakaman video menunjukkan kenderaan dihanyutkan  arus deras.

“Kita bercakap mengenai taburan hujan tertinggi di Istanbul sejak catatan rekod bermula pada tahun 1942,” kata Gabenor Istanbul, Davut Gul.

Korban  banjir meningkat kepada tiga orang selepas  pihak berkuasa menemui mayat seorang lelaki berhampiran sebuah taman di kawasan Kagithane, kata pejabat Gul.

Hujan turut meragut nyawa seorang remaja lelaki 14 tahun yang maut terkena renjatan elektrik  semasa memijak lopak air di kawasan Balat

“Empat mangsa lain masih hilang,” kata beberapa pegawai. – AFP

 

The post Hujan paling lebat melanda Istanbul, 4 terkorban appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved