Hujan tidak halang tinjauan mesra di Ranau

5 Feb 2024 • 2:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Cuaca hujan tidak menghalang lebih 100 orang menyertai Program tinjauan mesra sempena Tahun Baharu Cina 2024 untuk melawat lebih 200 pemilik premis di pekan Ranau pada Sabtu.

Program itu dianjurkan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahagian Ranau sebagai acara tahunan selain meraikan perayaan lain seperti Krismas, Hari Raya dan Pesta Kaamatan.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang turut menyertai program itu bersama pemimpin lain, ketika ditemui menyifatkan tinjauan mesra itu sebagai jambatan mengeratkan hubungan perpaduan dan persaudaraan sesama rakyat tanpa membeza-bezakan kaum, agama, budaya dan ideologi politik.

“Kita berharap melalui program seperti ini ia akan menjadi asas yang kukuh untuk memupuk perpaduan yang telah terjalin dalam kalangan penduduk berbilang kaum.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Inilah keunikan penduduk di Sabah khususnya di daerah Ranau, walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, mereka masih boleh duduk semeja dalam mana-mana perayaan kebudayaan,” jelas Jonathan.

Turut menghadiri program yang sama di sini ialah Menteri Kewangan Sabah merangkap Adun Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam, antara lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.