Penduduk nikmati bekalan air setelah menanti 30 tahun

16 Jan 2024 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LUMADAN: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan kini mampu menarik nafas lega apabila dapat menikmati bekalan air bersih setelah dibelenggu masalah air sejak sekian lama.

Masakan tidak, selama lebih tiga dekad mereka hanya berharap tadahan air hujan di tangki termasuk perigi atau kolam takungan air untuk keperluan sebarang aktiviti harian di rumah.

Bagi Risnah Madin, 65, kehidupan mereka sekeluarga kini lebih lengkap dengan adanya sumber air berterusan yang sudah tentu memudahkan sebarang keperluan.

Katanya, berbanding sebelum ini, mereka hanya berharap sumber air hujan yang dikumpul dalam tangki atau pun perigi yang kadangkala tidak bersih untuk digunakan sejak 30 tahun lalu.