Hujung Tahun Telah Tiba, Ini 5 Tempat Yang Menarik Untuk Bercuti Di Dalam Malaysia

LocalTravel
20 Nov 2024 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada Disember 2024, tarikh bermula cuti sekolah adalah daripada 20 Disember sehingga 28 Disember 2024 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Bagi Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak dan Selangor bermula 21 Disember sehingga 29 Disember.

Berdasarkan tarikh cuti tersebut, inilah masa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kesempatan untuk menghabiskan cuti tahunan masing-masing.

Ini 5 tempat yang boleh dilawati pada musim cuti sekolah.

  • Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang

image is not available

Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Ko​nservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat. Semua perlaksanaan aktiviti pada pukul 2.15 petang bergantung kepada paras air sungai dan juga cuaca semasa. Jika paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan.

  • Skytrex Adventure, Melaka

image is not available

Taman ketiga Skytrex Adventure ini menampilkan cabaran-cabaran unik seperti Skybike pertama di Malaysia, UFO, Tarzan Bungee Swing, dan banyak lagi.

  • Escape Theme Park, Teluk Bahang, Penang

image is not available

Melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan penekanan pada permainan yang berpandukan inisiatif sendiri dan menggunakan tenaga sendiri, pengunjung dapat menikmati konsep ‘Low Tech, High Fun’.

  • Farm In The City, Seri Kembangan

image is not available

Farm in the City (FITC) menggabungkan elemen hidupan liar dan alam semula jadi dalam persekitaran yang direka sebagai taman pemuliharaan. Ia menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan ternakan dan eksotik serta tumbuhan dalam kandang khas yang dibina.

  • Ladang Burung Unta, Perlis

image is not available

Ladang Burung Unta yang terletak di Padang Besar, Perlis adalah salah satu destinasi agro-pelancongan menarik yang wajib dikunjungi. Ladang ini diuruskan oleh Jabatan Veterinar Perlis dan merupakan salah satu tarikan utama dalam Taman Agro-Lancong, Padang Besar.

image is not available 1 week ago

Ada 'Plan' Nak Bercuti Di Jepun? Ini 5 Hotel Di Jepun Dengan Pemandangan Gunung Fuji