

Dah nak cuti sekolah ni, ramai yang tak sabar nak pergi bercuti bersama keluarga kan? Lebih-lebih lagi kalau yang dah bekerja, mesti nak habiskan cuti tahunan masing-masing. Korang tahu tak cuti sekolah bermula pada hari apa?
Tarikh bermula cuti sekolah adalah daripada 20 Disember hingga 28 Disember 2024 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala, 21 Disember bermulanya cuti bagi Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor hingga 29 Disember 2024.
Merujuk kepada tarikh cuti tersebut, korang ada kesempatan untuk habiskan cuti dengan meluangkan masa bersama keluarga setiap tahun sekali sahaja.
Korang mesti nak jalan-jalan dalam Malaysia tapi tak tahu negeri mana yang lebih menarik untuk bercuti? Ini lapan negeri yang menarik di Malaysia yang membantu dalam merancang perjalanan serta membuat pilihan yang bijak sebelum pergi bercuti.
8 Negeri menarik untuk bercuti di Malaysia
Pahang
Negeri Pahang Darul Makmur ialah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat, Negeri Terengganu dan Laut China Selantan di timur serta Negeri Johor di bahagian selatan.
Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Ini antara tempat yang menarik untuk anda kunjungi pada cuti sekolah nanti:
- Bukit Gambang Resort City, Gambang


- Bukit Fraser, Raub

- Bukit Tinggi, Bentong

- Sungai Palas BOH Tea Plantion, Cameron Highlands


- Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang

- Gunung Tahan, Taman Negara

- Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar Kuantan

- Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

- Coastal Store, Kuantan

- Pulau Tioman, Rompin

Sekiranya anda berminat untuk ke Pulau Tioman, tersedia pakej percutian bagi memudahkan urusan dan tidak perlu risau lagi soal tiket feri dan tempat penginapan. Tidak hairan lagi, begitu banyak tempat menarik di Pahang, sebulan pun tidak cukup untuk menjejaki ke semua tempat tarikan.
Perak
Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 21,005km selepas negeri Pahang Darul Makmur.

Ipoh pula merupakan ibu negeri Perak yang dulunya terkenal sebagai bandar perlombongan bijih timah, dimana mempunyai keunikannya tersendiri. Tempat yang kaya dengan budaya, sejarah dan makanan tempatan yang sedap.
- Kellie’s Castle, Batu Gajah

- Gua Tempurung, Gopeng

- Menara Jam Peringatan Birch, Ipoh

- Lost World of Tambun, Ipoh

- Pasar Karat, Ipoh

- Stesen Keretapi, Ipoh

- Galeri Seni Yasmin Ahmad, Ipoh

- Pasar Malam Gerbang Malam, Ipoh

- Platform 9 1/2 Cafe, Ipoh

- Concubine Lane, Ipoh

- Muzium Ho Yan Hor, Ipoh

Jika korang tertarik untuk pergi ke Lost World of Tambun serta disarankan membeli tiket awal bagi mengelak daripada tiket habis, apabila sudah sampai di tempat tersebut. Destinasi yang ideal untuk percutian di Ipoh Perak, kerana sempurna dalam bentuk klasik dan moden. Penduduk di sana juga sangat mesra dan berbudi bahasa tidak kira bangsa dan kaum.
Melaka

Melaka dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai keunikan sejarah, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pengaruh budaya dari Portugis, Peranakan, Belanda dan British yang merupakan warisan dunia UNESCO. Ia terbukti melalui jejak-jejak sejarah dan warisan di bandar Melaka. Ini antara tempat menarik yang wajib anda lawati ialah:
- Kota A Famosa, Alor Gajah

- The Stadthuys, Melaka

- Jonker Street, Jalan Hang Jebat

- Rumah Terbalik Melaka, Plaza Mahkota

- Skytrex Adventure, Melaka

- The Shore Sky Tower, Jalan Persiaran Bunga Raya

- The Shore Oceanarium, kampung Bunga Paya Pantai

- Muzium Baba dan Nyonya, Jalan Tun Tan Cheng Lock

- Bayou Lagoon Water Park, Bukit Katil

- Zoo Melaka, Ayer Keroh

- Melaka River Cruise, Melaka

Korang boleh membuat pilihan untuk melancong bersama keluarga tersayang dan menginap di tempat yang selesa. Selain itu, boleh menempah tiket awal sama ada hendak ke Rumah Terbalik Melaka, River Cruise atau Bayou Lagoon Water Park sementara harga masih murah.
Tidak lupa juga, korang dapat menikmati makanan-makanan tradisional dan moden yang lazat di Melaka seperti cendol, nyonya kuih, satay celup, chicken rice ball dan asam pedas.
Pulau Pinang
Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang yang menjadi destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan senang untuk dijumpai melalui Lapangan Terbang Antarabangsan Pulau Pinang.
Berikut beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang anda perlu kunjungi ke dalam senarai untuk dilawati apabila merancang percutian ke sana:
- Muzium WonderFood, George Town

- Audi Dream Farm, Balik Pulau

- Entopia by Penang Butterfly Farm, Teluk Bahang

- Escape Theme Park, Teluk Bahang

- The TOP Komtar, George Town

- Taman Botani, Pulau Pinang

- Penang Street Art, George Town

- Fort Cornwallis, George Town

- Taman Burung Penang, Perai

- Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang

- Tropical Spice Garden, Teluk Bahang

Penang sememangnya menawarkan pengalaman percutian yang unik kepada semua pengunjung dari segi budaya, sejarah, keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan makanan tempatan. Jangan sesekali lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik di Penang.
Kedah

Langkawi adalah salah satu tempat menarik dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Korang perlu tahu serba sedikit, proses untuk ke Pulau Langkawi untuk persediaan awal. Berikut merupakan tempat menarik yang ada di Kedah ini:
- Paradise 101 Langkawi, Kedah
- Pulau Langkawi, Kedah

- Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling

- Gunung Jerai, Kuala Muda dan Yam

- Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda

- Taman Lagenda, Jeti Kuah

- Skytrex Adventure, Langkawi
Related News & Content



