‘Hulk of Kosovo’ tampung beban 2 tan 

24 Jul 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Hulk of Kosovo’ tampung beban 2 tan 

PRISTINA, KOSOVO – Atlet ekstrem Bujar Muli sekali lagi memukau penonton apabila menampung simen seberat dua tan metrik di atas badannya sekali gus memecahkan Guinness World Records, lapor laman berita Men’s Journal

Pencapaian itu disempurnakan pada 18 Julai lalu di kampung halamannya di Vushtrri dengan Muli digelar sebagai ‘Hulk of Kosovo’.

Pencapaian itu juga mengatasi rekod terdahulu Muli dan mengukuhkan reputasinya sebagai antara  atlet paling luar biasa di dunia.

Menurut  Guinness World Records dan akhbar tempatan, Muli berjaya menampung karung simen seberat 2,000 kilogram yang diletakkan di atas badannya.

Muli mengekalkan berat yang sangat besar itu untuk tempoh lima saat, sudah cukup untuk menjamin rekod dunia baharu pada percubaan pertamanya.

Berketinggian 183 sentimeter dan berat 135 kilogram, Muli bertahun-tahun membina kekuatan yang diperlukan untuk salah satu kategori rekod paling mencabar dari segi fizikal yang diiktiraf oleh Guinness.. – AGENSI 

The post ‘Hulk of Kosovo’ tampung beban 2 tan  appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved