Humane Akan Melesenkan Sistem Operasi A.I Pin Untuk Inforia Kenderaan

TechnologyDigitalCars
25 Oct 2024 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Humane A.I Pin adalah peranti fizikal AI yang mengecewakan. Ia dijual dengan harga mahal dan penggunaannya tidak begitu membantu pengguna. Perkara ini membuatkan Humane ingin menjual syarikat mereka, namun masih tiada khabar apakah langkah seterusnya untuk mereka. Sehinggalah baru-baru ini terdapat laporan yang Humane ingin berkecimpung dalam arena automotif pula.

image is not available

A.I Pin mereka menjalankan sistem operasi Android yang telah diubahsuai dan diberi nama sebagai CosmOS. CosmOS kini sedang menguji perisian mereka untuk sistem inforia kenderaan. Menurut sumber, inforia ini menawarkan penggunaan yang sama dengan A.I Pin iaitu mengawal sepenuhnya dengan suara. CosmOS pada inforia ini menyokong akses kalendar, boleh mendengar arahan untuk mencari jalan ke sesuatu destinasi dan banyak lagi. Ia dikatakan menjadikan inforia seakan speaker pintar yang lebih cerdik.

Buat masa ini tiada informasi mengenai bilakah inforia ini akan ditawarkan kepada pengguna. Humane hanya melesenkan sistem operasi mereka dan tidak mendedahkan pengeluar mana yang akan menggunakan CosmOS.