Bloomberg kini berkongsi menyatakan Apple menyasarkan untuk memperkenalkan kaca mata pintar mereka setara dengan penawaran Meta, seawal 2027 kelak. Apple buat masa ini memfokuskan kepada penawaran set kepala yang sangat mahal harganya, dan penggunaannya masih terhad. Sementara Meta dilihat menerajui pasaran kaca mata pintar dengan penawaran yang menarik dan lebih praktikal untuk digunakan.

Apple dilihat tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut, dan kini ingin hadir dengan kaca mata pintar setara penawaran Meta seawal mungkin. Disamping penawaran kaca mata, pihak Apple juga dilihat agak ketinggalan dari segi penawaran kecerdasan buatan, berbanding dengan Meta.
Selain kaca mata pintar, Apple juga sedia dilaporkan sebelum ini ingin hadir dengan AirPods yang mengintegrasikan kamera – sekaligus membolehkan ia mengetahui persekitaran pengguna, dan memberikan respon berasaskan kecerdasan buatan dengan lebih baik lagi.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah Apple akan mula mengorak langkah dalam cuba menerajui kembali penawaran produk kreatif dan berinovasi oleh mereka.
