Huong Leong kempunan gangsa

6 May 2023 • 12:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PHNOM PENH: Atlet maraton lelaki negara, Tan Huong Leong terlepas peluang meraih gangsa selepas mendapat tempat keempat dalam saingan akhir pada Sukan SEA 2023, hari ini.

Saingan berlangsung di Angkor Wat, Siem Reap, hampir enam jam perjalanan dari sini, menyaksikan Huong Leong menamatkan larian dengan catatan dua jam dan 40:26 saat (s).

Agus Prayogo dari Indonesia merangkul emas dengan merekodkan 2:32:59s diikuti wakil Filipina, Arlan Estobo Arbois (2:33:27s) yang memenangi perak.

Nguyen Thanh Hoang pula melengkapkan kedudukan podium dengan menyumbang pingat gangsa untuk Vietnam menerusi catatan 2:35:49s. - Bernama

View Original Article