Hutan atas bukit di Setia Alam terbakar, bomba giat padam api

LocalEnvironment
14 Oct 2025 • 10:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 OKT: Bomba Selangor mengesahkan kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan hutan atas bukit berhadapan Sun Suria Forum, Setia Alam di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.54 petang tadi.

“Susulan itu, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara digerakkan, dan tiba di lokasi kejadian pada 5.07 petang.

“Kebakaran melibatkan hutan berkeluasan 1.21 hektar di atas bukit anggaran 300 meter (ketinggian). Kerja pemadaman masih lagi dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA